Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Bagi Murid Pendidikan Khas: Analisis Tinjauan Literatur (School Guidance And Counseling Services For Special Education Students: Literature Review Analysis)

Abu Yazid Abu Bakar, Siti Nurliyana Ahmad

Abstract


Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk mewujudkan kelas-kelas pendidikan khas di sekolah-sekolah yang memerlukan. Asas keperluan ini adalah kewujudan populasi mencukupi, dalam kumpulan murid bermasalah pembelajaran seperti dikategorikan secara terperinci dalam akta tersebut. Peruntukan ini telah mendorong kepada penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Penubuhan kelas-kelas PPKI ini telah memotivasikan golongan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran yang pelbagai ke sekolah-sekolah dalam sistem pendidikan arus perdana, dan bilangan murid murid pendidikan khas ini semakin meningkat dewasa ini. Keunikan personaliti dan keperluan-keperluan pembelajaran khusus setiap murid ini menuntut satu bentuk sistem sokongan pendidikan yang bersepadu disediakan di sekolah. Natijahnya, khidmat bimbingan dan kaunseling yang tersedia dalam sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat “one size-fits-all” tidak mampu menyokong keperluan pembelajaran murid-murid pendidikan khas buat masa ini. Di samping itu, guru-guru PPKI pula tidak dilatih dengan ilmu bimbingan dan kaunseling yang sistematik sehinggakan mereka juga tidak berupaya membantu murid-murid ini dengan berkesan di sekolah. Kertas kerja ini mengupas himpuanan literatur antarabangsa dan tempatan sebagai inisiatif untuk mendapat gambaran awal bagi merangka strategi memperkasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah untuk murid-murid pendidikan khas ini. Rangkuman analisis literatur ini mampu dijadikan rujukan awal untuk merangka program bimbingan dan kaunseling sekolah khusus untuk populasi pelajar pendidikan khas tempatan.

Keywords


Analisis literatur; bimbingan dan kaunseling; pendidikan khas; Malaysia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823