PENGARUH ISLAM DALAM UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN KEDAH

IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD, HANIF MD LATEH @ JUNID, HAMIZAH MOHD KADIRON

Abstract


Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah digubal menjelang pertengahan abad ke-20M, setelah sekian lama British menjajah Tanah Melayu. Undang-undang ini digubal  agak lama  selepas penggubalan  Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.  Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai teks Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah dan pengaruh Islam ke atas undang-undang tersebut.  Kepentingan kajian adalah untuk meneliti sejauh manakah unsur Islam diterapkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah walaupun ia digubal semasa era penjajahan British di Tanah Melayu. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan, melalui pendekatan komparatif. Kajian mendapati bahawa kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah menerima pengaruh Islam yang kuat walaupun bentuk persembahan dan susunan adalah menurut gaya British atau Barat.

Kata kunci: Undang-tubuh Tubuh Kerajaan Kedah; sejarah Kedah; perundangan Islam di alam Melayu; sistem politik Islam; perlembagaan  negeri


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.