PRINSIP STILISTIK J.J. WEBBER (1989) DALAM NOVEL RUMAH KUPU-KUPU S.M. ZAKIR
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis prisip stilistik J.J. Webber (1989) yang terdapat dalam novel Rumah Kupu-Kupu (2020) karya S.M Zakir. Pemilihan prinsip stilistik J.J. Webber (1989) dilihat sesuai diaplikasikan dalam kajian ini kerana prinsip tersebut mementingkan keindahan gaya bahasa yang melahirkan sebuah karya kreatif yang menarik dan bernilai untuk masyarakat. Stilistik merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji keindahan bahasa dalam karya sastera dengan meneliti ciri-ciri linguistik dan gaya penulisan. Ia menggabungkan aspek linguistik dan sastera, serta memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa yang kreatif dan berkesan. Berdasarkan analisis stilistik, pelbagai elemen seperti fonologi, diksi, struktur ayat, dan semantik dapat diperhalusi untuk memahami makna dan impak estetik sesebuah karya. Walaupun terdapat enam prinsip stilisitk oleh J.J. Webber namun, kajian ini akan menumpukan hanya kepada tiga prinsip sahaja iaitu analisis prinsip kajian terhadap makna atau semantik, analisis prinsip penilaian pembentukan ayat atau struktur serta analisis prinsip penelitian kepada unsur-unsur bahasa dramatik. Adalah diharapkan kajian stilistik ini dapat memartabatkan bidang stilistik sebagai komponen penting dalam dunia sastera Melayu. Bidang stilistik bukan sahaja menyerlahkan keindahan bahasa, tetapi juga menambahkan penghayatan dan pemahaman masyarakat terhadap karya sastera. Secara keseluruhannya, prinsip Stailistik J.J. Webber (1989) yang diterapkan dalam novel Rumah Kupu-Kupu memperlihatkan keindahan bahasa yang unik dalam penciptaan karya sastera oleh penulis serta menonjolkan sisi yang berlainan seperti keindahan bahasanya supaya menjadi pemangkin dalam membentuk sahsiah dalam kalangan pembaca secara meluas.
Kata kunci: Stilistik,J.J. Webber, novel, Rumah Kupu-Kupu, karya sastera
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.