VIDEO PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK PELAJAR CHINA
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menganalisasi jenis video pembelajaran bahasa Melayu (BM) yang digemari oleh pelajar China dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam media sosial. Kemajuan teknologi, perkembangan BM, pengukuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia dan kejadian pandemik Covid-19 menyumbang kepada perkembangan pembelajaran BM dalam talian. Kajian analisis ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menjalankan analisis melalui data yang terkumpul dalam media sosial Wechat channel Mytranslationguru. 10 daripada 240 video yang dimuat naik pada tahun 2024 yang mendapat sambutan terbaik dalam media sosial Wechat channel Mytranslationguru telah dikaji. Hasil kajian ini menunjukkan 8/10 video yang mendapat sambutan tertinggi daripada pelajar China ialah video berbentuk “BM komunikasi dalam kehidupan seharian”. Video yang mendapat komen negatif atau kritikan yang banyak turut menarik minat pelajar China untuk menonton video tersebut. Video pembelajaran BM yang berkualiti memerlukan rujukan kepada sumber- sumber yang boleh dipercayai dan perlu disemak secara teliti agar bebas daripada segala kesilapan teknikal sebelum dimuat naik ke media sosial. Implikasi daripada kajian ini diharap dapat memberi sumbangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pelajar China dalam talian melalui video dalam media sosial.
Kata kunci: bahasa asing; media sosial; pelajar China; pembelajaran bahasa Melayu; video
pembelajaran; Wechat channel
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.