ESTETIKA WAU DALAM BUDAYA MELAYU
Abstract
Artikel ini akan membincangkan estetika wau dalam konteks budaya Melayu. Wau merupakan salah satu permainan tradisional Melayu yang masih dipraktikkan sehingga hari ini. Permasalahan kajian ialah bagaimana asal usul tradisi pembuatan wau dalam konteks budaya Melayu. Apakah makna yang terkandung dalam motif-motif rekaan wau yang dicipta oleh tukang wau bertauliah. Apa fungsi dan kegunaan wau dalam kehidupan masyarakat Melayu.Kajian ini bertujuan untuk meneliti asal usul wau dalam konteks budaya Melayu. Mengkaji makna pada motif-motif rekaan wau yang dicipta oleh tukang wau bertauliah. Meninjau pelbagai fungsi dan kegunaan wau dalam masyarakat Melayu. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian lapangan melalui pemerhatian, temu bual dengan tukang wau, dan dilengkapkan dengan kajian kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa wau masih mengekalkan cara tradisional dalam seni permainan dan pembuatannya, serta masih mendapat permintaan dan kegunaan yang pelbagai dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan untuk memahami estetika wau tradisional yang terkandung dalam warisan budaya Melayu yang masih dipelihara sehingga kini.
Kata kunci: wau; permainan tradisional; fungsi; estetika; budaya Melayu
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.