SIMBIOSIS TENTANG KONSEP KEPIMPINAN KEJANTANAN DALAM TUHFAT-AL-NAFIS

FARIZAN MD AMIN, HASHIM ISMAIL, MOHD TAUFIK ARRIDZO MOHD BALWI

Abstract


Konsep kepimpinan Melayu yang berakar umbi dalam nilai budaya dan dipengaruhi oleh prinsip Islam menekankan suatu perspektif simbiosis antara keberanian, kebijaksanaan, dan daya bingkas serta daya ketahanan yang tinggi. Isu kepimpinan Melayu tersebut digarap melalui pelbagai tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam dan nilai norma masyarakat Melayu yang dipaparkan menerusi kepimpinan terdahulu melalui peristiwa-peristiwa di dalam naskah sastera sejarah. Tambahan pula, aspek pemimpin yang mempamerkan sifat kejantanan lebih berpusat kepada kekuatan fizikal sahaja. Maka, makalah ini akan membincangkan konsep kepimpinan kejantanan yang lebih luas daripada hanya kekuatan fizikal semata-mata. Kajian ini juga menjelaskan hubungan dalam konsep kepimpinan kejantanan oleh Al-Ghazali (2013), yang mengandungi lima tingkatan akan menjadi penelitian sebagai kerangka konsep data analisis, iaitu keberanian dan ketegasan, keadilan dan integriti, kepedulian terhadap rakyat, kepatuhan kepada nilai-nilai agama, dan kemampuan untuk mengendalikan diri sendiri, dirujuk kepada individu seseorang pemimpin. Tamsilnya, konsep kepimpinan Melayu melangkaui kekuatan fizikal, dengan menekankan kepentingan keutamaan dalaman dan kecerdasan intelektual serta memupuk tatacara pentadbiran yang berkesan dan meningatkan keharmonian masyarakat. Kesimpulannya, pemimpin Melayu aspek kejantanan menggabungkan ciri-ciri keberanian, kecerdasan, dan kekuatan mental, berasaskan tradisi budaya dan nilai agama, bagi keseimbangan antara kekuatan dan tanggungjawab demi melambangkan maskuliniti dalam kepimpinan Melayu.


Kata Kunci: sifat; kepimpinan; kejantanan; keberanian; kebijaksanaan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.