FUNGSI DAN PERANAN SENJATA DALAM NASKHAH SULALATUS SALATIN
Abstract
Makalah ini membincangkan fungsi dan peranan senjata yang terdapat dalam Sulalatus Salatin. Terdapat kepelbagaian senjata tradisional yang dinyatakan dalam Sulalatus Salatin. Antara senjata tersebut seperti keris, pedang, parang, golok, sumpitan, tombak, panah, lembing, kapak, senapang, perisai, meriam, bedil. Senjata tajam tersebut berfungsi memudahkan urusan kehidupan seharian. Penulisan ini menggunakan naskhah Sulalatus Salatin tulisan A. Samad Ahmad (2010). Sekiranya ditelitikan senjata yang digunakan dalam naskhah Sulalatus Salatin mempengaruhi pembukaan kota Melaka, perkembangan dan perluasan penjajahan kota Melaka. Senjata juga menjadi faktor kekalahan atau kejatuhan kota Melaka. Justeru, apakah fungsi dan peranan peralatan senjata yang digunakan dalam Sulalatus Salatin. Objektif penulisan ini ialah meneliti penjenisan senjata yang terdapat dalam Sulalatus Salatin, menjelaskan fungsi dan peranan serta kepentingan senjata dalam kehidupan masyarakat pada zaman teks itu ditulis. Kaedah penulisan ini bersifat kuantitatif. Data akan dianalisis secara tematik dan analisis kandungan serta dilengkapkan dengan kajian kepustakaan. Hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati penggunaan senjata merupakan elemen penting dalam mengukuhkan hubungan antara raja dengan raja, hubungan antara negara dengan negara, senjata dijadikan hadiah, senjata sebagai pemagar negara kota, senjata dijadikan perlindungan diri, senjata pelengkap pakaian baju Melayu, senjata sebagai peperangan, senjata dalam taktik tipu helah muslihat dan sebagainya. Penulisan ini memberi sumbangan ilmu dalam bidang senjata dan dapat dijadikan sumber rujukan kepada pengkaji lain pada masa akan datang.
Katakunci: Fungsi; implikasi; kepentingan; senjata; Sulalatus Salatin
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.