SYAIR MA‘RIFAT:MENCANAI MUTIARA MEMPERKASA AGAMA

MOHD TAUFIK ARRIDZO MOHD BALWI

Abstract


Syair adalah salah satu genre puisi Melayu, rata-rata paduan antara pantun Melayu dengan ruba’ai Parsi. Pada peringkat awal penciptaannya, syair ini menjadi antara wadah politik-dakwah dalam menyampaikan ajaran-ajaran sufi. Salah satu syair tersebut ialah Syair Ma‘rifat yang dipercayai ditulis Shaykh ‘Abd al-Ra`ūf al-Fansūrī. Syair ini menjadi alat politik-dakwah menyampaikan asas-asas panduan kepada seseorang sālik yang ingin menjalani kehidupan kesufian untuk sampai ke puncak iaitu ma‘rifatu’Llāh.Ia juga bermanfaat kepada setiap Muslim yang ingin mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Shaykh ‘Abd al-Ra`ūf al-Fansūrī dalam sejarah Aceh merupakan antara tokoh terpenting yang berkhidmat sebagai qādī malik al-‘qdil (mufti) kepada pemerintah utama Aceh. Kedudukannya yang tinggi dalam sistem politik Aceh memberi kesan besar kepada pemahaman Islam yang dibawanya. Makalah ini membincangkan kebolehan Shaykh ‘Abd al-Ra`ūf al-Fansuri menggunakan Syair Ma’rifat sebagai alat politik - dakwah untuk mengungkapkan ajaran Islam. Ternyata beliau berjaya menggunakan puisi untuk mengungkap asas pengetahuan Islam.

Kata kunci:politik dakwah; perumpamaan; ma‘rifat; shahadatayn; Sifat 20


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.