FAKTOR PERALIHAN BAHASA DALAM MASYARAKAT MURUT DI SABAH

SAIDATUL NORNIS HJ. MAHALI

Abstract


Bahasa Murut merupakan salah satu bahasa etnik yang dituturkan di Sabah. Penutur bahasa ini boleh ditemui di daerah Keningau, Tambunan dan Tenom, Sabah namun kajian ini difokuskan hanya di daerah Keningau sahaja. Empat buah kampung yang didominasi oleh etnik Murut, iaitu Kampung Patikang Laut, Kampung Dangulad, Kampung Tuarid Taud dan Kampung Limbawan terlibat dalam kajian ini yang bertujuan untuk meneliti faktor-faktor peralihan bahasa dalam kalangan penutur bahasa Murut. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan untuk proses pengumpulan data. Seramai 160 orang terlibat dalam kajian ini yang menggunakan kaedah persampelan rawak berstratifikasi untuk proses pemilihan responden. Sebanyak 15 item soalan telah diedar menggunakan borang soal selidik. Hasil analisis mendapati bahasa Murut sedang berada dalam fasa peralihan bahasa. Peralihan berlaku dari bahasa Murut ke bahasa dominan di sekitaran mereka, yakni bahasa sabah dan bahasa Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan oleh penerimaan pendidikan moden, penggunaan teknologi digital dan internet, aspek sekitaran, sosialisasi, trend dan ekonomi serta nilai rasa untuk membentuk identiti sebagai orang Sabah, yang memerlukan kesemua generasi penutur menyesuaikan penggunaan bahasa mengikut konteks. Kajian ini mengesahkan bahawa bahasa Murut sedang melalui fasa keterancaman dan para penuturnya sedang berada dalam proses peralihan. Mereka masih mahu mengekalkan, mempertahankan dan melestarikan bahasa Murut sebagai penanda identiti.

 

Kata Kunci: Bahasa Murut, etnik Murut, keterancaman bahasa, peralihan bahasa, Sabah.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.