SELAYANG PANDANG KAJIAN VARIASI DIALEK MELAYU BERASASKAN KAEDAH TRADISI DAN MODEN

SHAHIDI A.H, MOHAMAD FIRDAUS AZAHARUDDIN, RAHI, AMAN

Abstract


Makalah ini menyajikan sejumlah maklumat mengenai penyelidikan variasi dialek Melayu yang berkesinambungan sejak awal merdeka sehinggalah masa kini. Secara deskriptif,  makalah ini bertujuan untuk menyerlahkan hakikat perubahan kaedah penelitian dialek yang bermula secara tradisi sehingga menganjak kepada pengaplikasian teknologi moden khususnya spektrograf dan GIS (Geographical Information System). Sejumlah kosa ilmu penyelidikan varian bahasa Melayu dimanfaatkan sepenuhnya dalam penulisan makalah ini. Dapatan penyelidikan-penyelidikan berkenaan lantas menjadi bahan utama perbincangan dalam makalah ini. Kaedah pemilihan penulisan penyelidikan lepas (bahan yang digunakan dalam perbincangan) justeru, tertakluk kepada sifat penyelidikannya yang terarah kepada pemerian varian dialek Melayu. Makalah ini berjaya membuktikan bahawa pemerian aspek dialektologi Melayu telah menunjukkan perubahan yang cukup dinamik sifatnya. Kelenturannya dalam menerima anjakan perubahan kaedah penelitian daripada bersifat tradisi dan impresionistik kepada kaedah yang lebih tuntas, saintifik dan berteknologi tinggi ternyata mampu membentuk senario kajian varian dialek Melayu yang lebih menarik dan berwibawa. Penulisan ini diharapkan mampu menjana minat dan kesungguhan para penyelidik dialek Melayu khususnya golongan penyelidik muda agar keunikan dan keindahan varian bahasa Melayu tetap terus diperhatikan, diperhalusi dan seterusnya diangkat sebagai warisan bangsa Melayu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

 

Kata kunci: akustik, dialek Melayu, kaedah tradisional, variasi dialek, GIS.

 

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.