MAKLUMAT PROFIL DIGITAL SISTEM DIALEKTAL MELAYU LENGGONG

RAHIM AMAN

Abstract


Sistem digital berkaitan maklumat dialektal varian Melayu Lembah Lenggong tidak akan dapat diwujudkan jika maklumat keberadaan dialek berkenan tidak diperoleh. Justeru, dalam penulisan ini dijelaskan keberadaan sistem dialektal varian Melayu Lembah Lenggong. Lembah Lengong yang subur diapit kiri dan kanannya oleh pergunungan Bintang dan Banjaran Titiwangsa didiairi pula oleh Sungai Perak menjadikan kawasan ini tempat hunian manusia yang sudah wujud ribuan tahun yang lalu. Lima kampung dijadikan lokasi penelitian, iaitu Kampung Batu Sapi, Kampung Telemong, Kampung Luat, Kampung Batu Reng dan Kampung Sumpitan. Reka bentuk kajian adalah kualitatif deskriptif. Pengumpulan data menggunakan metod semak dan cakap dan dijabarkan melalui teknik temu bual mendalam berstruktur dan tidak berstruktur. Perakaman, pencatatan dan pengajuan gambar ialah teknik-teknik lain yang dimanfaatkan dalam usaha memperoleh data. Data dianalisis menggunakan pendekatan linguistik bandingan dan pemaparan data menggunakan terminologi khas dalam bidang ini, di samping penggunaan jadual yang bersesuaian. Hasil kajian mendapati bahawa sistem dialektal Melayu Lembah Lenggong mempunyai 8 buah vokal purba dan 18 buah konsonan purba. Wujud juga kesamaan ciri fonologi dalam varian-varian berkenaan kerana ciri kesamaan ini menceritakan bahawa tahap pemisahan antara varian ini masih baru apatah lagi kewujudan varian ini di sepangang Sungai Perak yang membenarkan akses terus berlaku. Signifikan kajian dialektal ini menggambarkan bahawa Perak mempunyai tiga jaringan dialek Melayu, iaitu sistem jaringan dialektal utara, sistem jaringan dialektal Lenggong-Kuala Kangsar dan sistem jaringan dialektal tengah.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.