KAJIAN LINGUISTIK BAHASA KEDAYAN: SATU TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK

ANGELIN LEE CHAI SIAH, NASRUN ALIAS

Abstract


Makalah ini membincangkan analisis tinjauan literatur sistematik ke atas kajian linguistik bahasa Kedayan di kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kajian linguistik bahasa Kedayan yang telah dijalankan dan mengkaji perkembangan kajian linguistik bahasa Kedayan di Sabah, Sarawak dan Labuan. Pengkaji telah merujuk kepada model PRISMA untuk menjalankan analisis ini. Bahan-bahan ilmiah perlu melepasi empat tahap, iaitu tahap pengenalpastian (identification), penapisan (screening), kelayakan (eligibility) dan termasuk (included) sebelum boleh diklasifikasikan relevan dengan persoalan kajian. Pada peringkat pengenalpastian, terdapat 50 bahan ilmiah yang ditemui. Namun, hanya 6 artikel sahaja yang termasuk sebagai senarai bahan untuk dianalisis. Pengkaji juga telah memanfaatkan mnemonik PICo untuk membina persoalan kajian yang akan menjadi garis panduan pengkaji sepanjang menjalankan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua jenis kajian linguistik bahasa Kedayan sahaja yang pernah dilakukan, iaitu kajian fonologi dan sosiolinguistik. Kedua-dua bidang ini masing-masing mempunyai 3 kajian lepas sahaja. Perkembangan kajian linguistik bahasa Kedayan di Sabah, Sarawak dan Malaysia juga pada tahap yang kurang memuaskan. Kajian ini bermula sejak tahun 2014. Kemudian, kajian ini terhenti dan hanya mendapat perhatian semula pada tahun 2020. Oleh itu, penyelidikan bidang linguistik bahasa Kedayan perlu diperbanyak bagi mengkaji keunikan dan mengelakkan kepupusan bahasa Kedayan berlaku.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.