GAMBARAN KEHIDUPAN MASYARAKAT BANDAR DI LEMBAH KELANG DALAM NOVEL RUMAH KUPU-KUPU

CHE ABDULLAH CHE YA, NIK KHAIRUL AKMAR NIK YEH

Abstract


Novel Rumah Kupu-kupu karya S.M Zakir pada tahun 2020 oleh Penerbit Nusa Centre. Novel ini mengisahkan tentang kehidupan masyarakat bandar pada masa sekarang dan akan datang. Kehidupan di kota yang bersifat individualisme makin parah jadinya apabila teknologi maklumat meresap masuk ke dalam jiwa dan masyarakat. Objektif kajian ini adalah Melihat bagaimana kehidupan masyarakat bandar tentang nilai hidup, sikap dan tingkah laku sesebuah masyarakat digambarkan oleh pengarang dalam Rumah Kupu-kupu.Penelitian akan menggunakan teori sosiologi sebagai landasan kajian melihat dua aspek utama masyarakat iaitu sosiobudaya dan sosioekonomi. Hasil penelitian mendapati pengarang mengambarkan kehidupan masyarakat bandar yang tinggal di apartment dan tidak berinteraksi antara satu dengan lain yang menyebabkan hilangnya semangat kejiranan dan berkembangnya sikap pentingkan diri dalam kalangan masyarakat. Pengarang juga membincangkan masyarakat yang kurang berminat membaca buku serius dan menikmati seni berfikir yang menyebabkan buku kehilangan pembaca dan masyarakat lebih gemar kepda aktiviti bercorak hiburan daripada pendidikan. Rumah Kupu-kupu juga menggambarkan masyarakat bandar yang terhimpit dengan kos sara hidup dan cabaran ekonomi dan masyarakat yang tidak menjaga kepentingan bersama dan alam sekitar. Hasil penelitian mendapati kehidupan masyarakat bandar akan mengubah normal hidup masyarakat sebelumnya dan dengan kedatangan digital situasi ini akan bertambah teruk. Kehidupan menjadi seperti rama-rama yang hidup dalam kepompong masing-masing.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.