KRITIKAN SOSIAL DALAM NOVEL PENYEBERANG SEMPADAN

NURUL FARHANA MOHAMAD NAPIAH, NUR AFIFAH VANITHA ABDULLAH

Abstract


Novel Penyeberang Sempadan (2012) karya Anwar Ridhwan adalah novel yang mengangkat semangat pejuang untuk membebaskan negaranya daripada dibelenggu secara berterusan oleh kuasa kolonial. Novel ini bukan sahaja menyeberang sempadan geografi, ideologi dan zaman tetapi telah menyeberang struktur dan gaya pengkisahan naratif dalam menyampaikan penceritaannya. Teknik naratif novel ini berbentuk pengembaraan yang sarat dengan wacana ideologi dan merungkai persoalan sejarah negara daripada perspektif yang baharu. Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan, apakah isu sosial masyarakat sebelum merdeka yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam novel Penyeberang Sempadan? Penelitian ini dilakukan bagi memperincikan kritikan sosial terhadap masyarakat yang terdapat dalam novel Penyeberang Sempadan karya Anwar Ridhwan. Kaedah berbentuk kualitatif telah dipakai dalam menjalankan kajian ini. Bahan kajian yang digunakan termasuklah buku-buku, artikel jurnal, latihan ilmiah dan sumber dari internet. Pelaksanaan kajian dengan menggunakan teori sosiologi sastera yang diasaskan oleh Alan Swingewood banyak menyumbang dalam memperolehi data kajian. Hasil dapatan membuktikan bahawa terdapat pelbagai isu yang telah diketengahkan oleh pengarang dalam novel Penyeberang Sempadan bagi memperlihatkan kritikan sosial terhadap masyarakat. Kritikan sosial yang ditemui adalah kritikan terhadap sikap rakus penjajah, masyarakat yang mengabaikan tuntutan agama, diskriminasi kepada masyarakat tempatan, pemimpin yang meninggalkan tanggungjawab, kelakuan kanak-kanak lelaki yang kurang bermoral, masyarakat yang mengkhianati rakan karibnya dan masyarakat yang mengagungkan ideologi ciptaan manusia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.