AMALAN PENGGUNAAN DAN KHASIAT HERBA BERIZOM DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU

MOHD AFFIQ AFFANDY AZIZAN, YUSMILAYATI YUNOS, NUR AFIFAH VANITHA ABDULLAH

Abstract


Herba berizom merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat untuk merawat penyakit. Meskipun terdapat beberapa pendokumentasian tentang herba berizom sebagai bahan dalam perubatan tradisional Melayu, namun masih kurang penulisan yang mendokumentasikan herba berizom secara komprehensif. Penulisan ini menghuraikan penggunaan dan khasiat herba berizom dalam perubatan tradisional Melayu bersandarkan etiologi penyakit dan keuzuran oleh Haliza Mohd Riji.  Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Kaedah kepustakaan melibatkan analisis kandungan terhadap sumber sekunder seperti buku, artikel jurnal dan disertasi tentang perubatan tradisional Melayu. Kaedah lapangan pula dijalankan melalui proses temu bual bersama responden yang mempunyai pengetahuan dan mengamalkan perubatan tradisional Melayu. Dapatan penulisan ini menunjukkan herba berizom digunakan dalam merawat penyakit fizikal dan spritual. Penyakit fizikal termasuklan kesakitan semasa haid, jerawat pada kulit wajah, panau, angin dalam badan, kurang sel darah merah, keputihan, obesiti, sakit kepala, demam dan sembelit. Penggunaan herba berizom untuk rawatan penyakit spiritual pula merangkumi penyakit gila, merawat sawan tangis bayi, menghalau makhluk halus yang mengganggu bayi dan ibu mengandung serta berfungsi sebagai pendinding. Kaedah rawatan penyakit fizikal dan spiritual menggunakan kaedah minum, sapu, perah dan gosok. Penyakit fizikal seperti sembelit, demam, sakit kepala, kurang sel darah merah, angin dalam badan dan masalah keputihan diatasi dengan meminum air rebusan herba berizom yang terpilih. Kaedah sapuan digunakan untuk merawat masalah jerawat, keletihan tubuh badan dan dijadikan minyak sapuan untuk disapu pada bayi yang terkena sawan tangis. Implikasi makalah ini dapat memberikan pengetahuan berkenaan penggunaan herba berizom dalam perubatan tradisional Melayu kepada generasi akan datang.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.