INVENTORI FONEM VOKAL DAN DIFTONG VARIAN MELANAU BALINGIAN DI SARAWAK

NORFAZILA AB. HAMID, WAN ROBIAH MEOR OSMAN, NORHASLIZA RAMLI, RAJ ALI ZAHID ELLY

Abstract


Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Balingian (VM BLGN). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM BLGN terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VM BLGN dengan hanya memaparkan penyebaran bunyi vokal dan diftong dan melihat keberadaan alternasi dalam VM BLGN ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VM BLGN mempunyai 6 fonem vokal iaitu /i, u, e, o, , a/ dan memiliki lima diftong iaitu /-oj, -aw, -aj, -ej, -ow/. Sehubungan itu, hasil kajian turut memperlihat adanya vokal rangkap dalam varian ini yang terdiri daripada urutan dua vokal sahaja. Terdapat lima jenis urutan vokal rangkap dalam VM ini iaitu vokal rangkap depan – tengah yang mempunyai tiga struktur, vokal rangkap tengah – depan, vokal rangkap tengah – belakang yang mempunyai dua struktur, vokal rangkap belakang – tengah dan vokal rangkap belakang – belakang. Terdapat juga proses pemanjangan vokal VM BLGN yang wujud dalam sesetengah data pada perkataan yang berakhir dengan pola suku kata terbuka. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat merungkai segala permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan dapat memelihara jati diri warisan bangsa Melanau Balingian melalui bahasa.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.