FAKTOR KEWUJUDAN SINONIM DALAM BAHASA MELAYU DAN ARAB : SATU ANALISIS PERBANDINGAN

NOOR ELIZA ABDUL RAHMAN, MOHD SHAHRIZAL NASIR

Abstract


Setiap bahasa di dunia mempunyai ciri-ciri tersendiri terutamanya yang melibatkan aspek linguistik. Bahasa Melayu dan bahasa Arab merupakan antara bahasa-bahasa di dunia yang mempunyai ciri-ciri istimewa dari aspek linguistiknya. Sinonim merupakan sebahagian daripada aspek yang dilihat menyerlahkan keistimewaan dan identiti bahasa Melayu dan Arab. Selain itu, sinonim mempunyai signifikan yang jelas dalam pembentukan kosa kata sesuatu bahasa. Makalah ini membincangkan faktor-faktor kewujudan sinonim dalam bahasa Melayu dan Arab. Selain daripada melihat faktor-faktor tersebut, makalah ini juga membuat perbandingan antara faktor-faktor kewujudan sinonim dalam bahasa Melayu dan Arab. Berdasarkan analisis perbandingan yang dilakukan, didapati bahawa peminjaman bahasa menjadi faktor penting bagi kedua-dua bahasa dalam melahirkan kata sinonim. Dari sudut perbezaan pula, bahasa Arab didapati telah mengumpul banyak sinonim daripada dialek-dialek yang saling berbeza dan hal ini tidak begitu menyerlah dalam bahasa Melayu. Kajian mengenai sinonim ini wajar diperluaskan kerana kepentingannya bagi tujuan memelihara identiti sesuatu bahasa, selain sebagai satu medium untuk memperkayakan perbendaharaan kata bahasa tersebut.

Kata kunci: sinonim; faktor kewujudan; bahasa Melayu; bahasa Arab; kosa kata


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.