ETIMOLOGI PERKATAAN ARKAIK DALAM BAHASA MELAYU: FAKTOR DAN KESAN PEWUJUDAN KATA

MOHAMAD NORTAUFIQ NOR HASHIM, REN HANYU, WEN QING, LU SHIQING

Abstract


Peminjaman kata daripada bahasa rumpun lain telah menambahkan jumlah perbendaharaan Melayu. Pertambahan yang berlaku juga telah mewujudkan kesinoniman kata dan memberi nilai kepada penggunaan sesebuah kata. Walau bagaimanapun, peresapan kosa kata asing yang berterusan telah menyebabkan wujudnya perkataan arkaik. Pewujudan ini bukan hanya berlaku pada kosa kata asli Melayu malah terjadi pada kata yang dipinjam daripada rumpun bahasa lain. Oleh itu, kajian ini akan meneliti lima perkataan arkaik dalam bahasa Melayu dari sudut etimologi. Pemilihan data kajian dibuat berdasarkan penandaan simbol ‘ark’ yang merujuk kepada arkaik menerusi Kamus Dewan Perdana (2020). Selain itu, data terpilih juga dibuat berdasarkan kepada persamaan makna antara perkataan arkaik dengan perkataan pada masa kini. Pembuktian ini penting bagi mengenal pasti kemasukan atau penggunaan sesebuah kata dalam bahasa Melayu dan kemunculannya sebagai kata arkaik sebagaimana yang dicatatkan oleh pengkaji bahasa lain. Selain itu, faktor berlakunya fenomena ini turut dibincangkan dengan menggunakan kerangka pedoman etimologi yang dicadangkan oleh Collins (2003) yang diubah suai oleh Taufiq (2022). Hasil kajian menunjukkan bahawa kata arkaik terhasil menerusi penggantian kata yang lebih menyerlah penggunaannya dalam kalangan penutur bahasa. Selain itu, melalui penelitian kekerapan penggunaan serta kemunculannya menerusi manuskrip Melayu lama, beberapa perkataan yang dikaji juga tidak digunakan dengan meluas pada zamannya. Sekiranya terdapat dua perkataan yang sinonim, masyarakat Melayu lebih memilih perkataan yang difahami oleh masyarakat umum agar mudah untuk berkomunikasi, dan hal ini menyebabkan status perkataan yang dipinggirkan itu berubah menjadi perkataan arkaik.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.