KRITIKAN SOSIAL DALAM NOVEL NARATIF OGONSHOTO

AZEAN NADHIRAH AZMAN, NUR AFIFAH VANITHA ABDULLAH

Abstract


Novel Naratif Ogonshoto adalah sebuah karya sastera yang dihasilkan oleh Anwar Ridhwan pada tahun 2001. Novel ini merupakan sebuah novel yang memaparkan realiti kehidupan masyarakat yang berkaitan dengan politik, perjuangan, konflik, ekonomi dan unsur alam sebagai sumber kehidupan sosial dan pengalaman masyarakat Ogonshoto. Dalam membahaskan soal masyarakat, penulisan ini meneliti novel Naratif Ogonshoto dari aspek latar belakang pengarang yang mempunyai banyak pengalaman hidup dalam sesebuah kelompok masyarakat Ogonshoto sehingga mampu menghasilkan novel yang sarat dengan isu masyarakat ini. Penelitian ini juga turut dilakukan berdasarkan kepada aspek kritikan sosial terhadap isu masyarakat yang diketengahkan oleh pengarang dalam karyanya. Sehubungan itu, penulisan ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan, apakah isu-isu sosial yang disampaikan oleh pengarang dalam novel Naratif Ogonshoto? Teori sosiologi sastera yang dipelopori oleh Karl Marx dan Friedrich Engels telah diaplikasikan untuk menganalisis data bagi penulisan ini. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian kualitatif dan bahan-bahan seperti artikel, jurnal, tesis-tesis lepas dan internet dirujuk untuk mendapatkan data dan menjawab persoalan penulisan ini. Dapatan penulisan ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai isu sosial yang diterapkan oleh pengarang dalam novel Naratif Ogonshoto iaitu kekejaman terhadap rakyat, penindasan ke atas rakyat, rasuah dalam kalangan ahli politik, perebutan kuasa antara golongan atasan, penyelewengan kuasa oleh pemimpin, sikap kurang amanah, amalan kronisme dalam kalangan orang atasan dan pemerintahan diktator di sebalik sistem demokrasi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.