SYAIR KARUN DAN NABI ALLAH MUSA: SATU ANALISIS PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN

MUHAMMAD AMIRUN MOHD RADZI, ZUBIR IDRIS

Abstract


Naskhah Syair Karun dan Nabi Allah Musa mengisahkan tentang riwayat hidup baginda Nabi Musa a.s selain kisah-kisah pengajaran yang berunsur keagamaan. Sehubungan itu, artikel ini mengajukan perbincangan tentang syair berunsur Islam ini, yang menjadi wadah pengarang dalam menyampaikan dakwah kepada khalayak pembaca. Dengan menggunakan syair ini sebagai data perbincangan, Pengkaedahan Keagamaan digunakan terhadap naskhah kajian dengan tujuan melihat aspek keagamaan yang terdapat di dalamnya. Bagi menganalisis perbincangan, tiga pecahan yang terdapat dalam Pengkaedahan Keagamaan iaitu pendekatan dakwah, pendekatan kemasyarakatan dan pendekatan seni turut diaplikasikan. Menerusi pendekatan dakwah, hasil kajian mendapati terdapat aspek keagamaan dalam naskhah ini seperti mengagungkan sifat-sifat Allah, memperlihatkan kebesaran dan kekuasaan Allah dan menyeru manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar. Melalui pendekatan kemasyarakatan pula, aspek keagamaan diperlihatkan menerusi gambaran masyarakat yang beriman kepada Allah dan selain terdapatnya ikatan persaudaraan yang erat. Aspek keagamaan melalui pendekatan seni pula dikesan berdasarkan estetika pencarian ilmu Allah dan estetika dialog antara Nabi Musa dengan Malaikat Maut. Aspek-aspek keagamaan yang terkandung di dalam Syair Karun Dan Nabi Allah Musa ini secara tidak langsung menyerlahkan hasrat pengarang menyebarkan dakwah dan fahaman tentang Islam kepada khalayak pembaca, sekali gus menggambarkan keagungan Allah serta kebesaran Islam.  Diharap kajian ini dapat mengetengahkan manuskrip-manuskrip yang berkaitan dengan keagamaan yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.