SLANGA DALAM NOVEL “KELABU” KARYA NADIA KHAN

ROSSLIANA ROSLAN, SA’ADIAH MA’ALIP

Abstract


Makalah ini membincangkan fenomena bahasa slanga yang telah mengalami perkembangannya yang tersendiri. Seiring dengan masa, penggunaan bahasa slanga telah digunakan dalam bentuk tulisan, terutamanya dalam novel bebas. Slanga boleh dimaksudkan dengan bahasa yang tidak formal dan dapat mewakili satu-satu kelompok. Kajian ini dijalankan berdasarkan petikan daripada Awang Sarian (2021) yang berpendapat bahawa bahasa slanga mencemarkan imej bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, pemfokusan kajian ini berasaskan novel Kelabu karya Nadia Khan. Antara aspek yang menjadi tumpuan pengkaji ialah makna dan kelas kata data slanga yang digunakan dalam novel tersebut. Tambahan lagi, pengkaji juga meneliti kesan penggunaan bahasa slanga dalam novel terhadap mutu dan kedaulatan bahasa Melayu. Bagi mengutip data slanga yang dikehendaki, maka pendekatan campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif dilaksanakan. Pengkaji telah memperoleh variasi data slanga dan telah memecahkan kepada tiga domain dalam kelas kata iaitu kata nama, kata ganti nama, kata kerja, dan kata adjektif, bersama dengan penghuraian makna bagi data slanga tersebut. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan berdasarkan penggunaan borang soal selidik Google Form secara rawak terhadap golongan umur antara 19 hingga 27 tahun. Penggunaan soal selidik untuk mengutip data, dan mengenal pasti tahap kesedaran responden terhadap penggunaan bahasa slanga dalam pengkajian novel bebas. Hasil daripada pemerolehan data, pengkaji telah memperoleh 66 orang responden. Selain itu, himpunan data yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS Statistic bagi mendapatkan jumlah persetujuan responden dan peratusan penggunaan slanga dalam 15 bab secara keseluruhan novel. Oleh itu, berdasarkan pemerolehan maklumat dan penganalisisan data, maka kajian ini akan menghuraikan makna slanga yang digunakan dalam novel Kelabu berserta kesan penggunaannya terhadap mutu bahasa Melayu juga dapat dikenal pasti.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.