ANALISIS VARIASI PASIF DI- DALAM HIKAYAT MALIM DEWA

NUR HANI KHARIYYAH MOHD RAHIM, KARTINI ABD. WAHAB

Abstract


Karya sastera Melayu lama merupakan khazanah yang mencerminkan budaya, nilai dan pemikiran masyarakat Melayu pada zaman lampau. Dari aspek bahasa, karya sastera lama ini turut memaparkan keunikan bahasa Melayu klasik yang berbeza cirinya dengan bahasa Melayu masa kini, khususnya dari aspek sintaksis. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan variasi ayat pasif di- dalam karya sastera lama iaitu Hikayat Malim Dewa (HMD). Fokus perbincangan tertumpu kepada tiga objektif iaitu (i) untuk mengenal pasti variasi ayat pasif di- dalam HMD, (ii) untuk menganalisis kekerapan variasi pasif di- dalam HMD dan (iii) untuk membincangkan fungsi penggunaan ayat pasif di- dalam HMD. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat 11 variasi pasif di- yang ditemui dalam HMD, iaitu pasif di-...+oleh, di-...-kan, di-...+nya, di-...-i, diper-…-kan, di-…-kan+nya, diper-, di-…-i+nya, diper-…-kan + nya, di-…-lah dan diper-…+nya. Hasil analisis kekerapan pula menunjukkan bahawa variasi pasif di-...+oleh mewakili variasi yang tertinggi iaitu 39.8%, diikuti oleh pasif di-...-kan 32.7%, berbanding pasif di-…-kan 32.7% di-...+nya 11.5%, di-...-i 7.9%, diper-…-kan 3.2%, di-…-kan+nya 1.6%, diper- 1.2%, di-…-i+nya 0.9%, diper-…-kan + nya 0.6%, di-…-lah 0.4% dan diper-…+nya 0.2%. Dari aspek sintaksis, ayat pasif di- dalam HMD berfungsi sebagai ayat yang menekankan frasa nama yang diwakili oleh objek, iaitu yang unsur yang diterangkan dalam ayat. Fungsi ini pada dasarnya berkait rapat dengan gaya penceritaan genre cerita lipur lara seperti HMD, yang tertumpu kepada pengisahan tentang peristiwa, protagonis dan suasana secara terperinci. Kewujudan pelbagai variasi pasif di- dalam HMD menjelaskan keunikan penggunaan bahasa Melayu oleh para penglipur lara dalam karya sastera Melayu lama.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.