CERITA LEGENDA DALAM KALANGAN MASYARAKAT CINA PERANAKAN KELANTAN

SITI HAJAR SABRI, MUHD NORIZAM JAMIAN

Abstract


Makalah ini membincangkan perihal cerita legenda dalam kalangan masyarakat Cina Peranakan Kelantan. Legenda merupakan cerita rakyat berbentuk prosa naratif yang memaparkan sejarah yang baharu berlalu, dipercayai benar-benar berlaku oleh masyarakat penuturnya namun tidak dianggap sakral. Kajian dilakukan di Kampung Merabang Bachok, Kelantan. Analisis mengenai peranan cerita legenda dilakukan berdasarkan konsep legenda yang dikemukakan oleh Mohd Taib Osman (1991). Kajian yang dilakukan memperlihatkan bahawa cerita legenda dalam kalangan masyarakat Cina Peranakan Kelantan adalah sebuah khazanah budaya yang berharga. Justeru, kajian yang dilakukan adalah bagi merungkaikan permasalahan bagaimanakah perkembangan cerita legenda yang terdapat dalam masyarakat Cina Peranakan Kelantan khususnya daripada segi peranannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kajian kepustakaan, kajian lapangan dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa cerita legenda mempunyai peranan yang tersendiri dalam kalangan masyarakat Cina Peranakan Kelantan. Cerita legenda berperanan sebagai saluran didaktik, mengukuhkan kepercayaan, medium hiburan dan membentuk jati diri. Cerita legenda yang diperturunkan daripada generasi ke generasi memperlihatkan identiti kaum masyarakat ini masih terjaga dan terdapat kepentingannya yang berperanan dalam kehidupan seharian sehingga ke hari ini.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.