REKONSTRUKSI DALAMAN VARIAN LENGGONG: KE ARAH PEMBENTUKAN DIGITAL PROFIL DIALEK MELAYU

RAHIM AMAN, SHAHIDI A.H., MUHAMMAD MUHAIMIN MOHD, NURUL ATHIRAH JAFFAR, YANG LI

Abstract


Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan merekonstruksi vokal dan konsonan yang hadir dalam varian Lenggong Purba (VLP) di Hulu Perak. Kajian yang dijalankan untuk merekonstruksi dialek purba ini menggunakan kaedah perbandingan kualitatif.  Kaedah rekonstruksi dalaman dijalankan dalam proses merekonstruksi vokal dan konsonan VLP. Lokasi kajian ini dijalankan adalah di Lenggong, Perak melibatkan empat buah kampung yang mewakili varian yang berbeza iaitu, Kampung Bukit Sapi (KBS), Kampung Telemong (KT), Kampung Luat (KL) dan Kampung Batu Ring (KBR). Hasil kajian ini menunjukkan terdapat VLP mempunyai sistem 9 vokal purba iaitu, *i, *u, *e, *ə, *o, *ɛ, *ɔ, *a dan *ɑ. Selain itu, dapatan juga menunjukkan terdapat 19 konsonan dalam VLP termasuk glotal iaitu *b, *d, *g, *p, *t, *k, *ʔ, *m, *n, *ŋ, *ɲ, *ɣ, *s, *h, *ʤ, *ʧ, *l, *w, dan *j. Implikasi daripada kajian ini diharap dapat memberi sumbangan dalam pembinaan semula bahasa Melayu Purba.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.