KEDAH TUA SEBAGAI PELABUHAN KUNO PERDAGANGAN ANTARABANGSA ANTARA ABAD KE-2M SEHINGGA 13M: LAMBANG KETAMADUNAN BANGSA MELAYU

NOOR SYAHIDAH MOHAMAD AKHIR, SYAIMAK ISMAIL, AEMY AZIZ, MUHAMMAD SAIFUL ISLAM ISMAIL

Abstract


Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan Melayu lama yang wujud sejak zaman protosejarah lagi.  Penemuan pelbagai artifak dan candi oleh pengkaji arkeologi antaranya tapak ritual, tapak peleburan besi dan pelabuhan kuno membuktikan masyarakat Kedah Tua mempunyai peradaban yang tinggi. Justeru, kajian ini telah menarik perhatian pengkaji untuk menfokuskan faktor kemunculan Kedah Tua sebagai pelabuhan kuno perdagangan antarabangsa antara abad ke-2 masihi sehingga abad ke-13 masihi. Periodisasi sepanjang 1100 tahun ini menyaksikan era kecemerlangan kerajaan Kedah Tua khususnya dari aspek perdagangan dengan tamadun luar antaranya China, India dan Arab. Kajian konseptual ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan metod sejarah. Tinjauan literatur terhadap kajian-kajian arkeologi dianalisis dan ditulis berdasarkan intrepretasi sejarah. Hasil kajian ini mendapati kedudukan geografi Kedah Tua, sistem transaksi perdagangan yang cekap, naungan kekuasaan empayar dan hasil komoditi tempatan menjadi pemacu kepada faktor kemunculan Kedah Tua sebagai pelabuhan kuno perdagangan antarabangsa antara abad ke-2 masihi sehingga abad ke-13 masihi. Implikasi penyelidikan ini meningkatkan jatidiri bangsa Melayu rentetan pembuktian kajian bahawa masyarakat Kedah Tua sebagai tamadun bangsa yang hebat.

Kata kunci: Perdagangan antarabangsa; Pelabuhan; Kedah Tua; Lembah Bujang; tamadun

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.