VARIASI SEBUTAN KATA SERAPAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN MAHASISWA

MOHAMAD AJIRUL BAKRI, NUR FARAHKHANNA MOHD RUSLI

Abstract


Makalah ini bertujuan menjelaskan variasi sebutan kata serapan daripada bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan reka bentuk kualitatif. Data kajian diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan pemerhatian dengan bantuan alat perakam suara, buku catatan dan teks senarai perkataan. Informan kajian merupakan 20 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak daripada pelbagai program pengajian dan daripada pelbagai peringkat semester. Hasil kajian menunjukkan informan menghasilkan pelbagai variasi sebutan bagi kata serapan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan penghasilan variasi ujaran bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris berlaku disebabkan faktor asimilasi antara bahasa sumber dengan bahasa penerima. Dari segi implikasi, kajian ini mengetengahkan pengetahuan tentang kepentingan mengujarkan perkataan mengikut sebutan yang betul dan tepat khususnya bagi kata pinjaman yang diserap daripada bahasa Inggeris. Hal ini penting untuk mengelak kekeliruan ketika mengujarkan kata serapan, dapat mengelak kesalahan ejaan ketika menulis kata-kata serapan sekali gus dapat meningkatkan penguasaan terhadap bahasa Melayu baku.

Kata kunci: bahasa Inggeris; bahasa Melayu; kata serapan; mahasiswa; variasi sebutan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.