PENGKELASAN DAN KHASIAT TUMBUHAN HERBA DALAM HERBA LEGASI BONDA

MAZLAN TADJANG, YUSMILAYATI YUNOS

Abstract


Novel Herba Legasi Bonda mengisahkan kepelbagaian khasiat yang terdapat dalam tumbuhan herba dalam alam semulajadi. Tumbuhan herba bukan sekadar digunakan sebagai bahan ubatan tetapi dijadikan sebagai ramuan penambah perisa dan aroma dalam masakan, ulam-ulaman dan bahan pewangi, Misalnya kunyit, halia, kemangi, pucuk manis dan ulam raja sering terdapat dalam masakan yang menjadi hidangan makanan. Tanpa disedari tumbuhan herba tersebut terdapat di tepi-tepi jalan, di taman, didapur dan ditanam di halaman rumah untuk dijual di pasar atau dimakan bersama keluarga. Amalan menggunakan tumbuhan herba telah banyak dikongsi oleh pengamal perubatan tradisional dalam bentuk penulisan bukan ilmiah seperti majalah, novel dan penulisan ilmiah. Antara tujuan lain penulisan ini ialah untuk mengenal pasti pengkelasan tumbuhan herba, nama tumbuhan herba dan menjelaskan khasiat herba dalam merawat penyakit menggunakan sistem perubatan tradisional yang terkandung dalam novel Herba Legasi Bonda. Kaedah kualitatif dan analisis kandungan digunakan dalam penulisan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tumbuhan ubatan penting dalam bidang perubatan Melayu khususnya sebagai kaedah rawatan alternatif. Terdapat empat pengkelasan tumbuhan ubatan dengan 23 jenis tumbuhan yang dinyatakan dalam novel ini. Penjenisan tumbuhan ubatan ini terdiri daripada tumbuhan berdaun, tumbuhan berbuah, tumbuhan berizom dan tumbuhan berbunga. Antara penyakit yang dinyatakan dalam novel ini misalnya penyakit tekanan darah tinggi, batuk, radang, luka dan lemas. Kaedah mengubati beberapa jenis penyakit menggunakan tumbuhan ubatan adalah menerusi kaedah melayur dan merebus.  Penulisan kreatif mengenai tumbuhan ubatan perlu diperluaskan agar masyarakat sedar akan kepentingan tumbuhan ubatan yang masih diamalkan sebagai rawatan alternatif yang dapat menyembuhkan penyakit. 

Kata kunci: Amalan; novel Herba Legasi Bonda; penyakit; perubatan tradisional; tumbuhan ubatan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.