ANALISIS BINAAN KOMPLEKS BAHASA MELAYU BERDASARKAN ROLE AND REFERENCE GRAMMAR (RRG)

MASLIDA YUSOF

Abstract


ABSTRAK

Makalah ini meneliti binaan kompleks bahasa Melayu berdasarkan Teori Role and Reference Grammar (RRG). Dalam RRG, struktur klausa diteliti berdasarkan struktur berlapisan klausa (SBK) iaitu binaan klausa terdiri daripada lapisan paling kecil/dalam nucleus (NUK) yang terdiri daripada predikat, diikuti lapisan inti yang mengandungi predikat dan argument dan lapisan paling luar iaitu klausa yang mengandungi inti dan sipian. Berdasarkan struktur ini, maka ayat boleh mengandungi lebih daripada satu klausa, lebih daripada satu inti dan juga lebih daripada satu nukleus untuk membentuk binaan kompleks dalam bahasa. Binaan kompleks boleh berlaku pada tahap klausa, tahap inti dan tahap nucleus. tahap di mana perkaitan berlaku (klausa, inti, nucleus) dirujuk sebagai tahap bagi jungtur (juncture), maka berdasarkan perkaitan ini kita dapat memperoleh jungtur klausa apabila klausa bergabung, jungtur inti dan jungtur nucleus. Dalam kerangka RRG, binaan ayat kompleks dijelaskan berdasarkan unit-unit yang terlibat dan hubungan antara unit-unit tersebut. Sebagaimana dengan kes ayat mudah, nucleus (predikat), inti (predikat + argument) dan klausa (predikat+ argumen + bukan argumen) mengkonstitute binaan blok utama dalam binaan kompleks. Sehubungan dengan itu, dalam meneliti struktur ayat kompleks Bahasa Melayu, dua persoalan akan dijelaskan iaitu (i) Pada tahap manakah hubungan antara unit-unit (klausa, inti, nuclear) itu berlaku? dan (ii) Apakah jenis hubungan antara unit-unit ini. Dengan menggunakan data korpus Bahasa Melayu, kajian ini akan menjelaskan bentuk-bentuk hubungan binaan kompleks dan juga jenis-jenis hubungan antara unit-unit dalam membentuk binaan kompleks Bahasa Melayu.

Kata kunci: binaan kompleks; jungtur; struktur Klausa; Nexus; Teori Role and Reference Grammar


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.