KATA SAPAAN DALAM BAHASA DUSUN DIALEK BUNDU

JOYSON JOHN, KARTINI ABD. WAHAB

Abstract


ABSTRAK

Masyarakat Dusun ialah suku kaum pribumi terbesar di Sabah yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian bahasa dan juga dialeknya. Sehubungan itu satu kajian dijalankan untuk meneliti kata sapaan yang terdapat dalam bahasa Dusun dialek Bundu. Objektif utama kajian ini adalah untuk mendeskripsikan bentuk kata sapaan dalam dialek Bundu yang digunakan dalam bahasa Dusun dialek Bundu dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi pemilihan penggunaan kata sapaan dalam kalangan masyarakat ini. Data kajian diperolehi menerusi kajian lapangan yang dijalankan di kampung Lokos di daerah Tamparuli, Sabah. Kaedah pengumpulan data dilakukan menerusi temubual dan rakaman yang melibatkan lima orang informan lokal berdasarkan kriteria NORF/M. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk kata sapaan yang digunakan dalam dialek ini, iaitu kata sapaan dalam hubungan kekeluargaan, kata sapaan berkaitan gelaran sosial, warisan, gelaran kurniaan dan kata sapaan berdasarkan status pekerjaan. Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti mempengaruhi penggunaan kata sapaan dalam masyarakat ini iaitu faktor umur, konteks formal atau tidak formal, status sosial, pekerjaan serta perbezaan jantina. Hasil kajian ini diharap dapat melestarikan khazanah kata sapaan dalam masyarakat peribumi di Sabah.

Kata kunci: bahasa Dusun; dialek Bundu; kata sapaan; masyarakat Dusun; Sabah


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.