ASPEK SOSIOLOGI FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK (1959)

NUR AFIFAH VANITHA BINTI ABDULLAH, INTAN ZAINATUL MARIA BINTI ZAINUDIN

Abstract


ABSTRAK

Filem Pendekar Bujang Lapok (PBL) (1959) arahan P. Ramlee diterbitkan pada era awal kemerdekaan Tanah Melayu. Filem ini adalah filem Melayu pertama menerima anugerah Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-6. Walaupun PBL bergenre komedi, filem ini sarat dengan pemaparan pelbagai isu masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun begitu, kandungan filem ini masih belum dikaji secara mendalam sebagai salah satu bahan ekspresi budaya masyarakat tempatan era awal kemerdekaan Tanah Melayu oleh sarjana bidang pengajian filem Melayu mahupun pengajian budaya. Komponen isi atau tema dalam pendekatan Sosiologi Sastera sebagai Gambaran Masyarakat (SSSGM), diaplikasi bagi meneliti budaya masyarakat Melayu yang dipaparkan dalam filem PBL. Penelitian ini ditumpukan kepada isu sosial, ekonomi dan politik masyarakat Melayu dalam filem tersebut. Data bagi artikel ini diperoleh dengan bersandarkan kajian kualitatif. Kaedah perpustakaan adalah instrumen kajian utama bagi meneliti buku-buku, artikel jurnal, tesis, kertas kerja dan transkripsi dialog filem PBL. Dapatan kajian yang didokumentasi dalam artikel ini adalah, filem PBL cenderung mengetengahkan aspek sosial masyarakat Melayu yang pelbagai, antaranya agama, pendidikan, kekeluargaan, nilai dan moral. Manakala aspek ekonomi dan politik masyarakat Melayu ditonjolkan secara tidak langsung dalam filem ini. Aspek ini dipaparkan melalui pelbagai bentuk pekerjaan kampung, kedudukan ekonomi dan hiraki sosial watak-watak yang menggerakkan konflik dalam plot filem ini. Manakala aspek politik, iaitu sikap negatif penjajah Jepun dan British dipaparkan melalui watak dan perwatakan secara tersirat.

Kata kunci: budaya Melayu; kritikan filem; Pendekar Bujang Lapok (1959); P. Ramlee; sosiologi sastera


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.