PERBANDINGAN DIALEK MELAYU KELANTAN DAN DIALEK MELAYU TERENGGANU
Abstract
ABSTRAK
Makalah ini membandingkan dialek Melayu Kelantan dan dialek Melayu Terengganu dengan tumpuan kepada aspek penyebaran segmen konsonan dan vokal pada lingkungan awal, tengah dan akhir kata. Pendekatan struktural dimanfaatkan sepenuhnya dalam penganalisisan data dan persembahan dapatan kajian. Berasaskan reka bentuk kajian kualitatif, kajian ini menerapkan teknik temu bual, pemeran dan perakaman bagi proses pencuplikan data lapangan. Dapatan membuktikan bahawa dialek Kelantan dan Terengganu mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan linguistik yang ketara. Dialek Kelantan mempunyai 18 fonem konsonan dan lapan fonem vokal yang menempati posisi awal, tengah dan akhir kata. Manakala dialek Terengganu pula mempunyai 19 fonem konsonan dan lapan fonem vokal yang juga menempati posisi awal, tengah, dan akhir kata. Perbezaan yang ketara pada kedua-dua kawasan ini adalah kewujudan rangkap konsonan pada kedudukan akhir kata pada perkataan beberapa perkataan. Penemuan ini diharap sedikit sebanyak dapat menyerlahkan varian dialek Kelantan di daerah Gua Musang serta perbezaan dan persamaannya dengan dialek Melayu Terengganu.
Kata kunci: Dialek Kelantan; dialek Terengganu; konsonan; struktural; vokal
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.