Simbol dalam Makan Tahun Masyarakat Kadayan, Sarawak

Mohamad Maulana Magiman, Othman Yatim

Abstract


Kajian ini adalah mengenai peranan simbol dalam upacara Makan Tahun dalam kalangan masyarakat Kadayan di Sarawak. Upacara ritual ini sangat penting dalam masyarakat tersebut kerana ia berkait dengan kehidupan mereka yang berpusat pada penanaman padi. Upacara ini merupakan salah satu cara menzahirkan kesyukuran dan perasaan terhutang budi mereka terhadap tuhan. Ia juga merupakan kaedah simbolik untuk menyatukan anggota masyarakat yang mengalami konfiik sama ada dalam bentuk perseorangan mahupun kumpulan. Data kajian ini diperoleh daripada observasi secara langsung terhadap perlakuan upacara tersebut. Didapati upacara ini adalah berbentuk sinkretisme, iaitu bercampur baur antara unsur-unsur animisme dengan unsur-unsur Islam. Pelaku utama adalah bomoh dan kalangan guru agama yang sinkretistik. Walaupun bersifat sinkretistik namun amalan upacara ini diterima umumoleh masyarakat tersebut.

Kata kunci: simbol, Pesta Makan Tahun, masyarakat Kadayan, Pesta Menuai Sarawak, sinkretisme.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.