Persepsi Politik Pengundi Belia Melayu Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Malaysia

Junaidi AwangBesar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Abdul Halim Sidek, Jeniri Amir, Rosmadi Fauzi, Novel Lyndon

Abstract


Menjadi suatu norma, pengundi belia di Malaysia amat penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara. Justeru artikel ini akan menyingkap persepsi politik pengundi belia Melayu pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Kajian soal selidik seramai 3,484 orang responden dan pemerhatian telah dilakukan di kawasan kajian iaitu di lima Wilayah di Malaysia iaitu Wilayah Utara, Wilayah Timur, Wilayah Barat, Wilayah Selatan dan Wilayah Borneo mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Hasil kajian menunjukkan 42.4 peratus belia/ responden menjadikan televisyen sebagai sumber maklumat utama untuk merujuk maklumat politik semasa manakala isu yang paling penting dibincangkan ialah isu pekerjaan iaitu 50.6 peratus. Dari segi kriteria/ parameter pemilihan calon, 35.9 peratus responden menyatakan mereka memilih calon jujur, ikhlas dan amanah dan parti yang mengutamakan rakyat menjadi pilihan utama mereka (29.3 peratus). Merujuk keahlian parti politik, majoriti responden, iaitu 16.7 peratus menyatakan mereka menjadi ahli kepada parti UMNO dengan memegang jawatan tertentu dalam parti tersebut. Seterusnya bagi persetujuan terhadap sesuatu isu politik semasa dan govemans, 81.6 peratus belia menyatakan belia menyokong program kerajaan untuk memantapkan agenda pembangunan negara. Penilaian terhadap prestasi pemimpin menunjukkan bahawa, kepemimpinan Parlimen (56.0 peratus) paling popular dalam menampilkan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat. Sebagai pengakhiran penilaian politik belia, 53.4 peratus (peringkat DUN) dan 66.4 peratus (peringkat Parlimen) menyatakan sokongan kepada BN.

Kata kunci: persepsi, belia Melayu, politik pilihan raya umum, ciri-ciri calon, pemilihan calon.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.