Ke Arah Pemerkasaan Modal Insan: Penyediaan Lulusan Pengajian Melayu

Nik Safiah Karim

Abstract


Makalah ini menjejaki perkembangan penting Pengajian Melayu di Malaysia sejak merdeka hingga kini. Ia diasaskan pada pengalaman penulis sendiri yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam perkembangan tersebut. Dapatlah dipastikan bahawa Pengajian Melayu di peringkat tinggi adalah bermula dengan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya pada tahun 1959. Idea penubuhan jabatan ini dicetuskan oleh Suruhanjaya Carr-Saunders yang membuat tinjauan terhadap pengajian tinggi di Tanah Melayu pada 1948. Salah satu ciri menarik jabatan ini ialah penubuhan Kursi Pengajian Melayu diperingkat awal penubuhannya lagi. Dari tahun 1962 hingga 1993, terdapat empat orang sarjana yang memegang Kursi ini. Ia dimulakan oleh Prof. R. Roolvink pada tahun 1962, kemudian diikuti oleh Prof. S.T.Alisjahbana (1964), Prof.M. TaibOsman (1981) dan Prof. Nik Safiah Karim (1993). Walaupun pada masa yang berbeza namun ucapan kesemua empat pemegang Kursi tersebut berpaksi pada perkara sama, iaitu bentuk dan fungsi Jabatan Pengajian Melayu dan jenis graduan yang dihasilkannya. Inilah isu-isu yang sentiasa dipegang sebagai asas gerak kerja pembangunan Akademi Pengajian Melayu dalam pembinaan modal insan sehingga ke hari ini.

Kata kunci: Jabatan Pengajian Melayu, Kursi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Wawasan 2020, modal insan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.