SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT DALAM MAIN TERI: SATU KAJIAN KES DI KAMPUNG PASIR MAS, KELANTAN SYMPTOMS OF DISEASE IN MAIN TERI: A CASE STUDY IN KAMPUNG PASIR MAS, KELANTAN

AZLINA MUSA, YUSMILAYATI YUNOS

Abstract


Main teri adalah salah satu cara perubatan tradisional yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di Kelantan sejak zaman dahulu sehingga kini. Ia berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap penyakit jasmani dan juga rohani yang dihidapi oleh tubuh badan manusia. Umumnya cara perubatan main teri dilakukan di ruang yang terbuka dan dipersembahkan di hadapan khalayak ramai. Oleh itu, kajian ini menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah perpustakaan dan pemerhatian ikut serta. Jika diperhatikan, persembahan main teri melibatkan penggunaan alat-alat muzik tradisional. Cara perubatan main teri pula melibatkan hubungan komunikasi dua hala antara alam nyata (tok teri, tok minduk dan pesakit) dan alam ghaib (jin, roh-roh, malaikat, iblis, syaitan). Sehubungan itu, untuk mengetahui punca-punca penyakit yang dihidapi oleh pesakit, pelbagai cara digunakan oleh tok teri untuk melihat simptom penyakit seperti melalui mantera memujuk kuasa spiritual (jin, syaitan dan iblis) yang dikatakan menjadi punca seseorang itu jatuh sakit. Justeru itu, artikel ini membincangkan beberapa cara untuk mengenal simptom penyakit dalam persembahan main teri.

Kata kunci: Simptom penyakit, main teri, mantera, tok peteri, kuasa spiritual


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.