TRADISI BERCERITA SIAM DI KELANTAN: SATU ANALISA FUNGSI CERITA SIAMESE STORY TELLING TRADITION IN KELANTAN: A FUNCTIONAL ANALYSIS

BAHARIN ILIAS, HANAPI DOLLAH, MOHAMAD NAZRI AHMAD

Abstract


Makalah ini membincangkan tradisi bercerita dalam kalangan komuniti Siam. Tradisi ini sudah lama wujud dalam komuniti ini sebelum mereka berhijrah lagi dan menjadi sebahagian daripada identity budaya mereka. Tradisi tersebut yang paling menonjol ialah menorah. Menora ialah dramatari yang dipersembahkan pada masa festival mereka. Menora mempunyai beberapa cerita yang boleh dibahagi dua: cerita utama dan cerita sampingan. Cerita-cerita itu dituturkan oleh tukang cerita professional. Perbincangan ini didasarkan kepada seorang tukang cerita Pak Mat Tok Nora atau Encik Eler dari Kampung Bukit Yong, Pasir Putih, Kelantan. Beliau seorang tukang cerita professional. Cerita-cerita itu mempunyai kepentingan dan fungsi social dan keagamaan. Cerita-cerita itu menanam dan memperkuatkan nilai-nilai social seperti kesamaan, kerjasama, timbangrasa dan penyayang. Cerita-cerita itu, terutama dalam bentuk persembahan adalah sumber hiburan yang utama untuk komuniti mereka.

Kata kunci: Siam, menora, tradisi lisan, tukang cerita dan cerita rakyat.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.