MOBILITI SOSIAL DALAM INTERLOK KARYA ABDULLAH HUSSAIN SOCIAL MOBILITY IN INTERLOK BY ABDULLAH HUSSAIN

MISRAN ROKIMIN, MAWAR SAFEI, CHE ABDULLAH CHE YA

Abstract


Artikel ini bertujuan untuk melihat keseluruhan novel Interlok karya Abdullah Hussain. Novel ini dijadikan teks Komsas tingkatan 5, bagi Zon Tengah iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka. Novel ini menjadi kontrovesi sehingga menimbulkan isu politik apabila ia mula disuarakan oleh seorang bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan terdapat isu sensitif di kalangan orang India kerana ada beberapa perkataan antaranya paria digunakan. Bagi melihat secara realistik, artikel ini cuba menelitinya berdasarkan pendekatan konsep mobiliti sosial seperti yang dijelaskan oleh Teng Chew Peh menerusi bukunya Konsep Asas Sosiologi. Dua dimensi mobiliti sosial iaitu mobiliti sosial secara mendatar (horizontal) dan mobiliti sosial secara menegak (vertical). Ternyata bangsa Melayu yang diwakili Keluarga Seman dalam novel ini, mobiliti sosialnya mendatar. Manakala Keluarga Cing Huat dan Keluarga Maniam walaupun berdasarkan sejarah mereka golongan pendatang, tetapi mobiliti sosialnya lebih baik iaitu bergerak secara menegak. Pengarang novel tidak berhasrat untuk menghina mana- mana kaum, tetapi menulisnya berdasarkan realiti masyarakat pada zaman itu. Benar seperti kata Hippolyte Taine seorang sarjana sastera Peranchis abad ke 19, untuk memahami sesebuah masyarakat itu lihat berdasarkan bangsa, waktu dan lingkungan (race, moment and milieu)

Kata Kunci: Interlok, Mobiliti Sosial, Komsas, Mobiliti menegak, Mobiliti mendatar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.