KEPENTINGAN INDIVIDU: MENGUPAS SIFAT PERSONA MUHAMMAD HAJI SALLEH PADA ERA 70-an IMPORTANCE OF THE INDIVIDUAL: UNCOVERING ASPECTS OF MUHAMMAD HAJI SALLEH’S 70S PERSONA

RAIHANAH M.M., RUZY SULIZA HASHIM, SHAHIZAH HAMDAN ISMAIL

Abstract


Perbincangan ini memberikan satu analisis kritis bacaan koleksi puisi awal Muhammad Haji Salleh, Time and its people (1978) untuk mengupas sifat persona yang ditonjolkan. Hipotesis awal adalah bertitik tolak dari mula kesimpulan yang dibuat dalam perbincangan lain yakni persona dilihat dari sudut kontinum hubungkait budaya iaitu satu kutub kontinuum dirujuk sebagai orientasi budaya individu atau ‘abstrak’ dan kutub yang lain pula ditermakan sebagai orientasi budaya komuniti atau ‘konkrit’ (Raihanah Mohd Mydin & D’Cruz, 2003). Idea orientasi budaya bercorak individu dan komuniti adalah asas perbincangan J V D’Cruz dan William Steele (2000) melalui teori kontinum hubungkait. Artikel ini menerapkan kerangka kontinum dengan menekankan aspek sifat individu dalam persona tersebut. Hasil dari garapan ini, persona dalam puisi Muhammad Haji Salleh menunjukkan tiga aspek diri iaitu pertamanya, harga diri; kedua, kesedaran diri, dan ketiga, agensi diri. Berdasarkan klasifikasi begini, jelaslah persona awal dalam puisi awal Muhammad Haji Salleh bukan saja berorientasi individu malah mempunyai harga diri,kesedaran diri dan agensi diri yang jitu.

Kata kunci: budaya individu, harga diri, kesedaran diri, agensi diri, Muhammad Haji Salleh.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.