KALANG MPAT SEBAGAI TEKNIK INTERAKSI BAJAU DARAT DI SABAH (KALANG MPAT AS INTERACTION TECHNIQUE OF LAND BAJAU IN SABAH)

SAIDATUL NORNIS HJ. MAHALI

Abstract


Keterikatan antara bahasa dengan budaya sudah diakui dan tidak dapat dinafikan. Dengan bahasa maka pelbagai aspek dan bentuk dalam budaya dapat dikomunikasikan dengan baik. Terdapat pelbagai cara untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Kekreatifan anggota setiap masyarakat di dunia menggunakan bahasa menyebabkan timbul berbagai-bagai kaedah untuk mengkomunikasikan kemahuan, perasaan dan kenyataan. Untuk mengelakkan sebarang masalah salah tafsir berlaku semasa proses komunikasi berlangsung maka setiap anggota masyarakat berusaha untuk mengungkapkan sebaik mungkin apa juga perkara yang ingin diutarakan. Sehubungan itu, kertas ini berusaha meneliti teknik interaksi menggunakan nyanyian kalang mpat dalam masyarakat Bajau Darat di daerah Kota Belud, Sabah. Hal yang khusus mahu ditinjau adalah teknik penggunaan bahasa dalam budaya masyarakat ini yang boleh dikongsikan kepada masyarakat di luar kelompok Bajau.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.