PEMIKIRAN USUL FIKAH SYEIKH AHMAD AL-FATANI DALAM KITAB AL-FATAWA AL-FATANIYYAH (USUL FIQH TOUGHTS OF SYEIKH AHMAD AL-FATANI IN HIS TREATIES AL-FATAWA AL-FATANIYYAH)

MUHAMMAD ADIB BIN SAMSUDIN, MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

Abstract


Syeikh Ahmad al-Fatani merupakan seorang tokoh ulama Melayu yang prolifik dan telah menghasilkan lebih daripada 160 buah karya dalam pelbagai bidang seperti tafsir, hadis dan fikah. Beliau tidak mengarang kitab khusus mengenai usul fikah. Walau bagaimanapun, kitab al-Fatawa al-Fataniyyah mengabsahkan kedudukan beliau sebagai seorang yang sangat mahir dan pakar dalam ilmu tersebut. Makalah ini membincangkan keunggulan pemikiran usul fikah beliau dalam kitab tersebut. Keunggulan beliau itu terserlah kerana pemahaman yang mendalam serta penguasaan yang jitu terhadap ilmu usul yang merupakan perkara paling dasar dan satu-satunya cara untuk mengeluarkan hukum fikah dan fatwa. Beliau mengingatkan kita bahawa tidak ada jaminan hukum yang dikeluarkan itu menepati panduan al-Quran dan al-Sunnah melainkan setelah ‘disaring’ oleh ilmu usul fikah.

Kata kunci : ulama Melayu, usul fikah, fatwa, kitab, fikah


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.