Hegemoni Intelektual Kolonialisme dalam Novel Melayu

AZHAR HJ. WAHID

Abstract


Makalah ini meninjau penguasaan intelektual kolonial ke atas pemikiran Melayu pada era pra-Kemerdekaan berasaskan beberapa buah novel yang ditulis oleh A.Samad Ismail, iaitu Timbok Tidak Tinggi, Patah Sayang Terbang Jua dan Kail Panjang Sejengkal.Menerusi novel-novel ini dapat dinukili bahawa pihak yang boleh dianggap golongan intelektual watan pada zaman penjajah sebahagian besarnya terdiri daripada para wartawan. Golongan ini memain peranan cukup dalam usaha menimbulkan kesedaran dan membangunkan intelektual dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Mereka juga membina kesedaran nasionalisme dan gerakan ke arah Kemerdekaan tanah air melalui propaganda akhbar sejak zaman pendudukan Jepun hingga era-pascamerdeka.

Kata Kunci: Intelektualisme, kolonialisme, hegemoni, subaltern dan nasionalisme


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.