Perkembangan Jurnal Ilmiah Melayu Dalam Kalangan Melayu Watan

ROOSFA HASHIM

Abstract


Makalah ini adalah tinjauan sepintas lalu mengenai perkembangan kesarjanaan dalam kalangan orang Melayu dalam pengajian Melayu. Selari dengan tinjauan bersifat sepintas lalu dan awalan, sumber tinjauan diperoleh daripada jurnal, akhbar, majalah, senarai rujukan pelbagai buku, makalah dan tesis berkait dengan pengajian Melayu. Makalah menganjurkan perkembangan kesarjanaan Melayu dalam kalangan orang Melayu berlaku dalam sekurang-kurangnya dalam empat aspek. Pertama, pertumbuhan pelbagai institusi yang berkaitan dengan pengajian Melayu. Kedua, wacana dalam pelbagai persidangan dan simposium di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ketiga, penyelidikan. Keempat, penerbitan pelbagai karya ilmiah. Tujuan tinjauan ini adalah untuk memberi sedikit-sebanyak gambaran tentang perkembangan kesarjanaan orang Melayu dalam bidang pengajian Melayu.

Kata kunci: Kolonial, ilmiah, korpus ilmu, pengajian Melayu dan makalah


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.