Tradisi Intelektual Melayu-Islam: Daripada Metafora Kepada Sainti kisme

OTHMAN MD. YATIM, ZAINAL ABIDIN BORHAN, RAHIMIN AFFANDI ABD. RAHIM, NOR HAYATI BT MD DAHLAL, NORHIDAYAH MOHD PAUZI

Abstract


Makalah ini berusaha menonjolkan proses dinamika tradisi intelektual Melayu-Islam dalam menangani persoalan kehidupan. Sumber analisis adalah terdiri daripada pepatah petitih dan pengamatan terhadap realiti kehidupan Melayu-Islam zaman silam dan kontemporari. Dibahaskan bahawa tradisi intelektual Melayu-Islam mengalami dinamika yang berbeza sama sekali daripada tradisi intelektual Barat. Sementara tradisi intelektual Barat berkembang dalam paradigme Sekularisme, tradisi intelektual Melayu-Islam pula bertitik- tolak daripada pengamatan mendalam terhadap alam yang kemudiannya disaring oleh penghayatan berteraskan wahyu (al-Qur’an dan al-Hadis). Hasil saringan itu diungkapkan dalam bentuk metafora yang disebut pepatah petitih itu. Berlandaskan paradigme inilah berlakunya saintifikisme dalam peradaban Melayu-Islam. Ini membawa natijah yang berbeza daripada dua Barat. Sementara dinamisme intelektual Barat membawa kerosakan, dinamisme intelektual Melayu-Islam pula membawa kebaikan, baik kepada manusia mahupun alam.

Kata Kunci: tradisi intelektual, kedinamika, ontologi, epistemologi dan aksiologi


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.