Variasi Dialek Pahang: Keterpisahan Berasaskan Jaringan Sungai

MOHD TARMIZI HASRAH, RAHIM AMAN, SHAHIDI A. H.

Abstract


Kajian ini cuba membawa perspektif baharu terhadap penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Kajian lepas terhadap penamaan dan penggolongan sangat dipengaruhi oleh konsep bahawa sempadan politik, menyamai sempadan dialek, sehinggakan dialek Pahang dikatakan memiliki lapan “subdialek” berdasarkan di daerah mana sundialek itu dituturkan. Dialek Pahang lantas digolongkan pula kepada dua kumpulan yang berbeza berdasarkan ciri- ciri linguistik yang ditonjolkan oleh setiap subdialek. Satu kumpulan di dalam memperlihatkan ciri dialek Pahang dan satu kumpulan lagi memperlihatkan ciri percampuran antara dialek Pahang dan dialek-dialek lain. Dalam usaha meneroka perspektif yang berbeza, kajian ini cuba menjadi sistem sungai di Pahang sebagai asas kepada penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Varian-varian linguistik yang ada di tiga batang sungai utama di Pahang iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis dianalisis dan diperbandingkan untuk mengesan ciri persamaan dan perbezaan mereka. Kajian ini mendapati hanya wujud hanya dua subdialek di Pahang iaitu subdialek Hulu Pahang dan Subdialek Hilir Pahang yang sempadannya ditentukan oleh aliran sungai tersebut

Kata kunci: Dialek Hulu Pahang, Sistem sungai, penggolongan, penamaan subdialek.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.