Hitungan dalam Naskhah Melayu dan Jawa: Analisis dalam Syair Laksana Kita & Mujarabat

ZUBIR IDRIS, YUSMILAYATI YUNOS

Abstract


Makalah ini membuat analisis tentang hitungan dalam masyarakat Melayu dan Jawa berasaskan teks persuratan klasik iaitu Syair Laksana Kita dan Mujarabat (edisi Jawa). Konsep hitungan itu dilihat sebagai angka berasas pengiraannya. Analisis ini mendapati pengungkapan nilai tersebut dapat dimanfaatkan sebagai satu usaha untuk memecahkan dan menyelesaikan beberapa masalah kehidupan yang sering mereka hadapi. Pemanfaatan angka sebagai prinsip asas dalam hitungan digunakan untuk menentukan waktu yang baik atau buruk dalam melakukan pelbagai kegiatan tertentu seperti perkahwinan, mendirikan rumah dan mencari rezeki. Dalam masyarakat Melayu, konsep sedemikian digunakan misalnya dalam melihat keserasian pasangan dalam penentuan jodoh. Keserasian tersebut dipercayai dapat menentukan kebahagiaan pasangan pada masa akan datang. Bagi masyarakat Jawa pula, terdapat konsep hitungan yang disebut sebagai petungan. Lumrahnya petungan dilakukan oleh dukun atau orang tua yang berilmu dan berpengetahuan. Mereka sering menjadi pakar rujuk sekiraya seseorang ingin melakukan pelbagai kegiatan yang penting dalam hidup mereka. Sehubungan dengan itu, teks Syair Laksana Kita dan Mujarabat digunakan sebagai sumber utama dalam penulisan ini, bagi melihat bagaimana konsep hitungan diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Melayu dan Jawa.

Kata kunci: Perhitungan, jumlah nilaian, bermuafakat, keserasian, dan petua.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.