Sikap Terhadap Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes Di Pantai Timur Semenanjung

ZULKIFLEY HAMID, RAHIM AMAN, KARIM HARUN

Abstract


Kajian ini meneliti secara empirikal sikap dan penerimaan masyarakat bandar dan luar bandar terhadap bahasa Melayu dengan memfokus kepada penutur bahasa Melayu di kawasan pantai timur Semenanjung, iaitu negeri Pahang Darul Makmur. Enam buah daerah di negeri Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian iaitu, Temerloh, Maran, Jerantut, Muadzam Shah, Kuala Lipis, dan Kuantan. Penelitian terhadap sikap bahasa ini memanfaatkan pendekatan Sosiolinguistik. Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang berumur dalam lingkungan 10 tahun hingga 61 tahun. Di samping soal selidik, data kajian juga diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian turut serta. Data ini dianalisis menggunakan kaedah SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa sikap bahasa masyarakat Pantai Timur adalah berbeza-beza mengikut pemboleh ubah yang telah ditetapkan. Sikap bahasa berdasarkan umur, keturunan, agama, taraf pendidikan dan lokasi kediaman memperlihatkan perbezaan yang ketara. Namun begitu, daripada segi taraf pendapatan dan taraf perkahwinan pula sikap bahasa tidak memperlihatkan perbezaan yang ketara. Secara keseluruhan, berdasarkan ujian kesahan dan kebolehpercayaan ke atas tahap penguasaan pengetahuan bahasa Melayu, sikap dan penerimaan bahasa Melayu serta sikap terhadap bahasa Melayu, menunjukkan bahawa terdapat kesahan dan kebolehpercayaan yang cukup tinggi dalam masyarakat Melayu di pantai timur terhadap bahasa Melayu.

Kata kunci: Sikap bahasa, penguasaan bahasa, status bahasa, penerimaan bahasa dan perancangan bahasa.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.