Metod Penulisan Kitab Matlac Al-Babrayn Wa Majmac Al-Bahrayn

MUHAMMAD ADIB SAMSUDIN, MOHAMMAD ZAINI YAHAYA, HAIRULAZAM AB RAHMAN

Abstract


Makalah ini menganalisis metod penulisan sebuah karya Melayu yang ulung di nusantara iaitu Matla al-Badrayn karangan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani. Sumber penulisan makalah ini termasuk Matla al-Badrayn wa Majma al-Bahrayn, Matla al-Badrayn Kitab Fiqhi yang termasyhur di Dunia Melayu dan Pondok dan Madrasah di Pattani. Ia merupakan sebuah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian ini ialah dapat mengenal pasti metod yang digunakan dalam buku Matla al-Badrayn itu, antara lain, ia mengemukakan definisi kepada setiap topik fikah secara ringkas, menonjolkan kaedah-kaedah fikah, keterbukaan pengarangnya menerima pandangan-pandangan yang berbeza dan setiap pendapat yang dikemukakan itu disokong pula oleh hujah dan dalil. Kajian ini akhirnya mendapati metod yang dipakai ketika mengarang Matla al-Badrayn memenuhi manhaj ilmiah yang telah diwarisi sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Kata kunci: al-Qur’an, fikah, Ijmak, Qiyas, dan Maslahah mursalah


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.