Isu Imbuhan /di–i/ Bahasa Melayu: Apitan atau Gabungan

ZAHARANI AHMAD, NOR HASHIMAH JALALUDDIN

Abstract


Makalah ini membuat analisis tentang /di – i/ untuk menentukan sama ada ia adalah apitan atau gabungan. Sumber analisis adalah leksikal yang diperoleh daripada korpus UKM-DBP. Kajian ini mendapati selain daripada digolongkan sebagai satu awalan dan akhiran yang utuh, morfem terikat /di-/ dan /-i/ juga dikelaskan sebagai apitan kata kerja /di-i/ dalam bahasa Melayu. Imbuhan ini digolongkan sebagai apitan kerana proses morfologinya berlaku secara serentak. Penerbitan kata yang hanya melibatkan morfem /di-/ tanpa disertai oleh morfem /-i/ akan menghasilkan bentuk yang tidak gramatis. Hujah ini disokong dengan bukti leksikal yang menunjukkan kata terbitan seperti diakui dan dimulai wujud dalam leksikon Melayu, tetapi kata terbitan *diaku dan *dimula dianggap janggal dan tidak gramatis. Berbeza daripada pandangan lepas, kertas ini mencadangkan morfem terikat /di-i/ digolongkan sebagai imbuhan gabungan, iaitu imbuhan yang terdiri daripada penggabungan antara akhiran /-i/ dengan awalan /di-/. Dari segi morfologinya, proses pengimbuhan ini berlaku secara berperingkat- peringkat, iaitu dimulai dengan pengimbuhan akhiran /-i/ dan kemudian diikuti dengan pengimbuhan awalan /di-/. Andaian ini disokong dengan bukti leksikal yang diperoleh daripada korpus UKM-DBP, dan juga bukti fonologi yang memperlihatkan perilaku rumus yang beroperasi di sempadan morfem awalan dan juga akhiran. Interaksi antara rumus fonologi dan morfologi yang berlaku dalam proses pengimbuhan ini akan dianalisis dengan menggunakan kerangka teori fonologi dan morfologi leksikal.

Kata kunci: morfologi leksikal, strata, penyisipan geluncuran, penyisipan glotis, pasca leksikal.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.