Kesedaran dan Sikap Komuniti dalam Pengurusan Persekitaran Di Wilayah Iskandar, Johor

MOHD YUSOF HJ. ABDULLAH, LATIFFAH PAWANTEH, SHARIFAH MASTURA SYED ABDULLAH, NORMAH MUSTAFFA

Abstract


Makalah ini membincangkan aspek kesedaran dan sikap komuniti terhadap penjagaan persekitaran. Data dan maklumat adalah daripada kajian yang dijalankan ke atas sampel kajian di wilayah Iskandar, Johor. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk mempunyai kesedaran tentang pentingnya persekitaran yang bersih, namun mereka berfikiran bahawa pihak berkuasa tempatan yang lebih sepatutnya melaksanakan tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar itu. Responden beranggapan bahawa penjagaan kebersihan di ruang luar kawasan rumah mereka seperti pantai, taman permainan dan tempat-tempat awam adalah tanggung jawab pihak berkuasa. Sikap sebegini boleh menyumbang kepada kurangnya rasa bertanggung jawab dan keinginan menjaga kebersihan persekitaran dalam kalangan komuniti. Makalah ini menyimpulkan bahawa penjagaan persekitaran memerlukan penglibatan semua pihak melalui aktiviti berancang seperti kempen atau program khusus.

Kata kunci: pengurusan alam sekitar, kesedaran, sikap, ruang, penglibatan komuniti


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.