Makanan dan Kepercayaan Tentang Etiologi Penyakit: Kes Orang Melayu Kelantan

AISHAH@ESHAH HAJI MOHAMED dan ABD. AZIZ HAJI BIDIN

Abstract


Makalah ini meninjau aspek pemakanan daripada perspektif budaya dengan merujuk budaya masyarakat Kelantan sebagai kajian kes. Isu yang ditinjau adalah apakah gejala kepercayaan berkait dengan makanan sebagai punca penyebab penyakit, mengapa dan bagaimana makanan digunakan untuk membawa mudarat ke atas orang lain dan kepercayaan terhadap makhluk ghaib yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Sumber analisis adalah data yang dikutip daripada kajian lapangan dalam kalangan orang Melayu Kelantan selama lebih daripada lima belas tahun, sejak tahun 1990-an hingga sekarang. Didapati ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan makanan sebagai cara untuk memberi kemudaratkan kepada orang lain demi mencapai hasrat yang diinginkan daripada orang tersebut. Lantaran wujudnya perlakuan ini dan juga kepercayaan terhadap makhluk ghaib itu maka menyebabkan timbul ketidakharmonian dalam sosial.

Kata Kunci: Makanan, penyakit, mangsa, Makanan Hantu dan perbomohan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.